PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan perintah Mahkamah Majistret terhadap pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang iaitu Mohd Khairianwar Jailani yang melarang beliau membuat sebarang kenyataan atau komen berkaitan kesnya yang sedang berjalan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Ahmad Zaidi berkata Mohd Khairianwar gagal membuktikan bahawa majistret dan hakim mahkamah tinggi yang membuat keputusan itu telah terkhilaf ketika menggunakan budi bicara mereka dalam mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap beliau.
Ahmad Zaidi, yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin, berkata isu perundangan yang dibangkitkan oleh peguam Mohd Khairianwar bukan perkara baharu.
Pada 17 Jan lepas, Mohd Khairianwar, 32, dan penerbit Tan Meng Kheng, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berasingan atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama lain menerusi filem itu di sebuah premis di Jalan Semarak Api, Kuala Lumpur pada 12.34 tengah hari 26 Feb tahun lepas.
Mahkamah Majistret turut membenarkan permohonan pendakwaan untuk mendapatkan perintah terhadap kedua-dua tertuduh yang melarang mereka mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung kes mereka sehingga ia selesai.
Mereka kemudian memfailkan permohonan semakan kepada Mahkamah Tinggi.
Pada 24 Jan lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Mohd Khairianwar dan mengekalkan perintah larangan bersuara terhadapnya manakala permohonan Tan untuk mengetepikan perintah itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi yang lain.
Terdahulu, peguam Zaid Malek yang mewakili Mohd Khairianwar berhujah kebenaran wajar diberikan bagi membolehkan mahkamah memutuskan tiga persoalan undang-undang namun Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah berkata kesemua isu yang dibangkitkan bukanlah perkara baharu.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan dan publisiti filem itu menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Filem itu, yang ditayang menerusi platform penstriman video, telah mengundang kecaman dan kegusaran orang awam kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Filem Mentega Terbang, yang ditayang menerusi platform penstriman video, telah mengundang kecaman dan kegusaran orang awam kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Aaron Aziz cabar diri, duduk di kerusi pengarah filem kisah cinta
Pelakon berbakat besar itu diberi peluang untuk mengarahkan sebuah filem bertemakan cinta berjudul Sayu Yang Syukur.
Reman SPRM ke atas pengarah tidak ada kaitan dengan syarikat BDB
"Siasatan tidak berkaitan dengan BDB dan tidak menjejaskan operasi Kumpulan BDB."
Buah tangan pertama sebagai pengarah, Zizan gementar nak jayakan Heistdilfitri
Pertama kali memikul tanggungjawab seorang pengarah, pelakon Zizan Razak mengakui dia berasa gementar ketika mengarah telefilem Heistdilfitri.
Kerajaan perlu pastikan persekitaran yang selamat untuk pembikin filem, kata sekumpulan rakyat Malaysia
Kumpulan itu berharap kerajaan dapat memastikan kandungan kreatif yang dianggap menyinggung dikendalikan secara bebas.
Pengarah, pemilik syarikat direman empat hari bantu siasatan tuntutan palsu
Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan tuntutan palsu RM20.3 juta insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.
SPRM tahan pegawai kanan anak syarikat Selangor berhubung projek RM1.7 juta
Suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 2.20 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.
Rupanya Bront Palarae pernah belajar dengan arwah Mamat Khalid, puji bakat Amen
Bront Palarae melihat anak Allahyarham Mamat Khalid, Amen memiliki potensi yang besar dalam bidang pengarahan.
Bukan hanya mengarah dan berlakon, tetapi Sabri bawa empat watak sekali gus
Sabri sebagai seorang pelakon juga, tidak pernah gagal memberikan impak dalam setiap watak yang dibawakan. Namun untuk drama bersiri berjudul 4 Abdul 1 Mohd, dia memberikan lebih buat penonton.